Alhamdulillah, tiga hari penuh kemeriahan, gelak tawa dan semangat kebersamaan dalam Sukan Rakyat sempena Karnival Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) di Stadium Kulim.

Hari ke-3 riuh dengan sorakan, gelak tawa dan aksi mencuit hati, suasananya cukup menghiburkan dengan aksi peserta Batu Selambut, Tuju Kasut, Galah Panjang, Tarik Tali, Sepak Penalti dan Bola Jaring Kain Batik.

Lebih istimewa, YBhg. Dato’ Yang Dipertua MPKK turut hadir memeriahkan suasana serta menyantuni komuniti yang bersama-sama menjayakan Sukan Rakyat ini. Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, daripada kanak-kanak hinggalah golongan dewasa, jelas memperlihatkan semangat perpaduan dan kemesraan warga Kulim.

Menang atau kalah bukanlah ukuran, yang penting kenangan, ukhuwah dan kegembiraan yang dikongsi bersama! Semoga kemeriahan Sukan Rakyat ini terus menjadi memori indah buat seluruh warga Kulim.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh urus setia, petugas, peserta serta pengunjung yang telah memberikan komitmen dan sokongan luar biasa sepanjang tiga hari penganjuran Sukan Rakyat ini.

Jumpa lagi di lain kesempatan!

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#karnival25tahunjubliperakmpkk

Skip to content