PELAWAAN PENYEWAAN TAPAK BAZAR RAMADAN (MAKANAN & MINUMAN) TAHUN 2027

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah (MPSPK) membuka peluang kepada warga Malaysia yang berminat untuk menjalankan perniagaan makanan dan minuman melalui Pelawaan Penyewaan Tapak Bazar Ramadan Tahun 2027.

Permohonan dibuka mulai 5 November 2026 (Khamis) sehingga 15 November 2026 (Ahad), jam 4.30 petang. Tapak bazar Ramadan yang ditawarkan melibatkan beberapa lokasi iaitu Wisma Ria (Khemah Disediakan), Taman Ria Jaya, Jalan Padang, Taman Sejati dan Taipan Square, dengan kadar bayaran mengikut lokasi yang ditetapkan.

Permohonan tapak niaga hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan yang disediakan dan syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.

Pemohon yang layak akan dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menghadiri sesi penentuan petak niaga, manakala petak niaga akan ditentukan oleh pihak MPSPK melalui cabutan undi. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Sila klik pautan berikut untuk membuat permohonan:
https://qr1.me-qr.com/f0em72sy

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bahagian Penjaja, Jabatan Pelesenan MPSPK
04-429 6666 / 6726 / 6723

Jangan lepaskan peluang ini dan pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Skip to content