150 PESERTA MERIAHKAN PROGRAM ALOR SETAR BRISKWALK

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 4 November 2026 – Sorotan foto sekitar berlangsungnya program Alor Setar Briskwalk petang semalam yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga bandar raya Alor Setar.
 
Program Alor Setar Briskwalk kali ini disertai kira-kira 150 peserta bermula dari perkarangan G-Residence berjalan kaki sejauh 3.5 kilometer merentasi di sekitar Jalan Stadium.
 
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, YB Muhamad Amri Wahab, Ahli-Ahli Majlis dan pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), wakil-wakil agensi, pelajar sekolah serta penduduk setempat.
 
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai warga bandar raya menjadikan aktiviti berjalan kaki sebagai amalan rutin ke arah kehidupan yang lebih sihat dan aktif.
 
 
Skip to content