Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa beberapa lokasi tempat letak kereta telah dikenal pasti bagi kemudahan para pengunjung sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2026 Peringkat Negeri Kedah.

Sehubungan itu, para pengunjung diminta untuk merujuk pelan lokasi tempat letak kereta yang disediakan bagi memudahkan urusan parkir kenderaan masing-masing.

🚫 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚

Orang ramai adalah 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗥𝗜𝗦𝗞 𝗪𝗔𝗟𝗞 bagi memastikan kelancaran program serta keselamatan para peserta.

Kerjasama semua pihak untuk mematuhi arahan dan menggunakan kawasan tempat letak kereta yang telah dikenal pasti amatlah dihargai.

📍 𝗦𝗜𝗟𝗔 𝗥𝗨𝗝𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥𝗞𝗔𝗡 sebagai panduan lokasi tempat letak kereta dan laluan Brisk Walk.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

#MajlisPerbandaranKulim

#HPBS2026

Skip to content