MBAS TERIMA PENGIKTIRAFAN ANUGERAH BANDAR MAMPAN 2026

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Kulim, 22 November 2026 — Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima Anugerah Bandar Mampan 2026 sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 Peringkat Negeri Kedah yang telah diadakan bertempat di Taman Tasik Putra, Kulim, Kedah.
 
Penghargaan Bandar Mampan merupakan antara inisiatif PLANMalaysia bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa Negeri yang komited melaksanakan inisiatif pembangunan bandar mampan di negara ini melalui pengukuran Malaysia Urban Rural National Indicators Network for Sustainable Development (MURNInets) selaras dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu Bandar Kita Masa Depan Kita : Ke arah Pembangunan Lestari, Nikmat untuk Semua.
 
MBAS diwakili oleh Tuan Setiausaha, En. Mohamad Shahuri Mohamad Norlin bagi menerima Anugerah tersebut yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. Dalam Majlis tersebut MBAS juga telah menerima Pelan Tindakan Khas Bandar : Cadangan Peningkatan Identiti Landskap Terusan Wan Mat Saman, Bandar Alor Setar yang telah disediakan oleh Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) dengan kerjasama MBAS.
 
Skip to content