MBAS TERIMA KUNJUNGAN SAHABAT PBT TPHTK

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 22 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra sahabat PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) yang diketuai oleh Yang Dipertua PBT TPHTK, Yang Berbahagia Puan Sunita Abdul Aziz bersama Ahli Pengurusan Tertinggi PBT TPHTK, pagi semalam.
 
Delegasi PBT TPHTK telah disambut mesra oleh Timbalan Pengarah Penguatkuasaan dan Promosi, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, Puan Jazilah Jalaludin bersama pegawai-pegawai terlibat. Hadir sama dalam lawatan tersebut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, YBrs. Dr. Nor’Aishah binti Abu Bakar.
 
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan meninjau amalan terbaik dalam aspek pengurusan, penyelenggaraan serta kebersihan tandas awam MBAS melibatkan Tandas Awam Tingkat 2, Bangunan Urban Transformation Centre (UTC) Kedah dan ⁠Tandas Kompleks Renang MBAS yang telah menerima pengiktirafan Toilet of the Year Award (TOTYA) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
 
Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PBT TPHTK atas kunjungan ini. Semoga lawatan kerja yang diadakan ini membantu mempertingkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua PBT dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
 
Skip to content