

Berita baik buat bakal peniaga Bazar Ramadan 2027!
Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) akan membuka semula permohonan tapak Bazar Ramadan 2027/1448H bagi lokasi-lokasi yang masih mempunyai kekosongan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 29 – 30 November 2026 (Ahad – Isnin)
Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
Permohonan: Dalam talian melalui sistem e-Lesen MPKK
Keputusan: 1 Disember 2026 (Selasa)
MAKLUMAT PENTING KEPADA PEMOHON
Pemohon yang belum memiliki Pas Bazar Ramadan 2027 disarankan untuk memohon pas terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tapak.
Pas Bazar Ramadan 2027 bagi pemohon yang tidak membuat bayaran pada sesi pertama tidak lagi boleh digunakan.
Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan tapak.
Nombor petak akan ditentukan melalui sistem undian.
Permohonan boleh ditutup lebih awal sekiranya tapak telah penuh.
Sila rujuk poster yang dilampirkan untuk maklumat lanjut mengenai lokasi bazar, tarikh bidaan dan undian petak.
Jangan lepaskan peluang ini! Rebut peluang untuk menjana pendapatan dan bersama-sama memeriahkan Bazar Ramadan 2027 di Kulim.
Semoga Ramadan yang bakal menjelang membawa keberkatan dan limpahan rezeki kepada semua.