PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA ERATKAN HUBUNGAN KOMUNITI TAMAN SAGA, ALOR MENGKUDU

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 28 November 2026 – Program Gotong-Royong Perdana Taman Saga yang telah diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Serbaguna Pertubuhan Kebajikan, Taman Saga, dengan penglibatan penduduk setempat dalam usaha mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan selesa.
 
Program ini merupakan inisiatif Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merangkap Pegawai Kawasan Zon 3, Dato’ Ch’ng Boon Chye, dengan kerjasama Pegawai Teknologi Maklumat MBAS merangkap Penolong Pegawai Kawasan Zon 3, Encik Muhammad Anas Abd Rahim.
 
Program tersebut mendapat sambutan daripada penduduk Taman Saga, Taman Setar dan Taman Tunku Yaakob yang hadir bersama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.
 
Penglibatan penduduk taman ini mencerminkan semangat kerjasama dan keprihatinan komuniti terhadap kebersihan kawasan kediaman. Aktiviti seumpama ini bukan sahaja membantu memastikan persekitaran sentiasa bersih dan terpelihara, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
 
Penganjuran program ini diharapkan dapat menyemarakkan budaya gotong-royong dan menggalakkan penglibatan berterusan penduduk dalam menjaga kebersihan serta kesejahteraan kawasan komuniti setempat.
 
Skip to content