KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN PETRONAS CHEMICALS FERTILISER KEDAH SDN. BHD. KE MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan PETRONAS Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd. (PCFKSB) yang dihadiri oleh Encik Mohamad Norazrun bin Azizan, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat & Pentadbiran dan Puan Tuan Nor Asma binti Tuan Hassan, Eksekutif Komunikasi Korporat.

Kehadiran pihak Pengurusan PETRONAS disambut baik oleh Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah sebagai platform memperkukuh hubungan strategik, jaringan kerjasama serta komunikasi antara kedua-dua pihak, di samping membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan perbincangan mengenai perkara-perkara berkepentingan bersama dalam menyokong agenda pembangunan serta kesejahteraan kawasan pentadbiran MPSPK. ‎

MPSPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak pengurusan PCFKSB mengadakan kunjungan hormat ini. Semoga hubungan baik dan jalinan kerjasama yang telah terjalin akan terus diperkasa demi manfaat bersama serta kemajuan komuniti setempat.


Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content