KULIM HI-TECH PARK – Seramai 17 orang lantikan baru Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis PBT TPHTK bagi penggal 2020-2021. Dua daripada 17 pelantikan baru mewakili Jabatan Kerajaan dan 15 lagi mewakili parti politik dan masyarakat. Pelantikan ini melengkapkan kuota Ahli Majlis PBT TPHTK seramai 24 orang. Antara yang turut mengangkat sumpah ialah YDH CP Dato’ Zainuddin Bin Yaacob, Ketua Polis Kontinjen Negeri Kedah dan YBhg. Tuan Dr. Ishak Bin Hussain, Timbalan Pengarah Kesihatan Awam Negeri Kedah.

Majlis Angkat Sumpah ini telah dijalankan pada 29 Jun 2020 bertempat di Grand Ballroom I, Kulim Golf & Country Resort. Majlis ini dihadiri dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Isahak Bin Murat, Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman.

Skip to content