Pemasangan Bendera Dan Lampu Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Yang Ke 82 Pada 17 Januari 2010.
Sebagai meraikan perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang telah ditetapkan pada hari Ahad, 17 Januari 2010, inilah dimaklumkan bahawa semua bangunan Kerajaan hendaklah mengibarkan bendera Negeri Kedah Darul Aman pada hari tersebut dan pada sebelah malamnya dipasang lampu-lampu hiasan.
Kerajaan Negeri amatlah sukacita dan menaruh harapan agar tuan-tuan punya Bangunan Kerajaan, Perniagaan, Masjid, Rumah Ibadat, Persatuan-persatuan, Pertubuhan-pertubuhan, Bank-bank, Kelab-kelab dan Rumah-rumah kediaman dan sebagainya dapat turut serta dengan mengibarkan bendera Negeri Kedah Darul Aman mulai pada 16 Januari 2010 sehingga sepanjang tempoh perayaan.