TAMBAHAN NO. 9 TADBIR URUS PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI

KEDAH DARUL AMAN

 

Arahan ini perlulah dibaca bersama SOP atau arahan semasa MKN.
✅Mesyuarat JKKN telah memutuskan bahawa semua Pengusaha Premis adalah DIWAJIBKAN untuk menggunakan aplikasi MySejahtera bagi mendaftar dan mengawal kemasukan pelanggan/pelawat ke premis termasuk premis perniagaan, tapak pembinaan, kilang, pejabat dan sebagainya di bawah kawalan PBT. PBT hendaklah mengambil tindakan ke atas Pengusaha Premis yang tidak mematuhi arahan ini.
✅Kedai serbaneka 24 jam seperti 7-Eleven adalah dibenarkan beroperasi sehingga 12.00 malam sahaja.
✅Pengusaha Premis Perniagaan amatlah digalakkan untuk menjual face mask bagi memudahkan urusan pelanggan yang tidak memakai face mask pada masa tersebut. Walau bagaimanapun harga jualan face mask adalah tertakluk kepada harga siling yang dibenarkan oleh kerajaan.
Arahan ini adalah tertakluk kepada perubahan yang diputuskan oleh MKN dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dari semasa ke semasa.
Skip to content