15 APRIL 2021 (KHAMIS)

Operasi Pemantauan SOP Bazar Ramadan Daerah Bandar Baharu Tahun 1442H/2021

Operasi dijalankan oleh Bahagian Kesihatan & Pelesenan serta Bahagian Penguatkuasaan & Undang-Undang Majlis Daerah Bandar Baharu bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu.

Operasi pemantauan dimulakan di Bazar Ramadan Dataran Bandar Baharu dan sedikit taklimat disampaikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu.

Objektif pemantauan adalah untuk memastikan setiap peniaga mematuhi Undang-Undang dan SOP yang telah ditetapkan oleh Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Semasa operasi dijalankan, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu melakukan pemeriksaan Sijil Pengendalian Makanan dan Kad Suntikan Peniaga. Manakala Bahagian Kesihatan dan Pelesenan MDBB pula menjalankan pemeriksaan lesen dan kad peniaga.

Operasi pemantauan diteruskan di tiga lokasi berikut iaitu Bazar Ramadan Dataran Penjaja Sungai Kechil Ilir, Dataran Penjaja Lubok Buntar dan Dataran Seri Serdang.

Sepanjang pemantauan dan pemerhatian mendapati kesedaraan pematuhan kepada SOP oleh para peniaga dan pengunjung semakin meningkat walaupun masih terdapat sebilangan kecil yang masih tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Teguran diberikan supaya meningkatkan tahap pematuhan kepada SOP bagi membantu kerajaan dalam usaha melandaikan jangkitan baharu dan menangani pandemik COVID-19.

Operasi yang bermula pada jam 3.00 petang telah ditamatkan pada jam 6.00 petang dan tiada sebarang kompaun dikeluarkan sepanjang operasi.

Skip to content