30 JUN 2021 (RABU)
 
MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 6 TAHUN 2021.
 
Mesyuarat tersebut diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.
 
Mesyuarat dimulakan dengan Ucapan Aluan Tuan Pengerusi dan diteruskan dengan beberapa pembentangan iaitu;
 
i) Taklimat daripada wakil syarikat BDB Land Sdn. Bhd mengenai Laporan Terkini Kemajuan Pembangunan Serta Isu-isu Berkaitan Projek Aman Perdana , Serdang, Bandar Baharu, Kedah.
 
ii)Taklimat daripada wakil syarikat Stratascape Design mengenai Status Terkini Cadangan Naik Taraf Taman Awam Tasik Pentadbiran ( Taman Tasik Serdang) Untuk Majlis Daerah Bandar Baharu.
 
Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Mesyuarat Majlis Penuh yang lalu Bilangan 05 Tahun 2021 yang telah diadakan pada 25 Mei 2021 dan menerima Minit- minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB dan OSC Bilangan 6 Tahun 2021 yang telah diadakan pada 16 Jun 2021 lalu.
 
Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat Majlis Penuh tersebut, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja.
 
Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan laporan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Status Terkini Pandemik Covid-19 dan Program Imunisasi Covid-19 di Daerah Bandar Baharu.
Turut serta dalam mesyuarat yang diadakan secara maya ini ialah Ahli-Ahli Majlis (Politik dan ex officio) dan Ketua-ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.
 
Skip to content