Ayuh Warga Alor Setar dan Pokok Sena serlahkan kreativiti anda dengan menyertai Pertandingan Gambar & Kata Patriotik MBAS anjuran Unit Media, Majlis Bandaraya Alor Setar.

Caranya mudah sahaja dengan memuatnaik gambar beserta kapsyen di akaun Facebook anda dengan bertemakan Patriotik.

Sila rujuk Tatacara dan Syarat-syarat pertandingan ini terlebih dahulu sebelum memuatnaik sebarang gambar.


TATACARA PERTANDINGAN

  1.  LIKE dan FOLLOW Page Majlis Bandaraya Alor Setar.(FB : Majlis Bandaraya Alor Setar  &   Instagram : @alorsetarcitycouncil)
  2. Peserta haruslah SHARE poster pertandingan ini di akaun facebook masing-masing.
  3. Memuat naik gambar di akaun Facebook peribadi dengan bertemakan patriotik mengikut kreativiti masing-masing. (Tiada pendaftaran diperlukan, hanya perlu memuat naik gambar dan kapsyen di akaun peribadi FB masing-masing.)
  4. Menulis kapsyen pada gambar tersebut dengan berunsurkan patriotik mengikut kreativiti masing-masing.
  5. Setiap gambar yang dimuatnaik hendaklah menggunakan hashtag berikut: #patriotikMBAS2021

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Alor Setar dan Pokok Sena.
  2. Tema pertandingan adalah berunsurkan patriotik dan penyertaan adalah Percuma
  3. Peserta hendaklah memastikan gambar yang dimuatnaik di akaun peribadi peserta (tetapan akaun mestilah sebagai umum ‘public’).
  4. Gambar yang diambil hendaklah memaparkan model dan elemen-elemen patriotik seperti Bendera Malaysia dan lain-lain lagi tanpa suntingan digital.
  5. Perserta hendaklah memastikan hasil karya tidak mengandungi unsur-unsur keganasan dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.
  6. Gambar dan kapsyen hendaklah asli dan kali pertama dihantar dan tidak boleh diulang pakai atau guna semula daripada mana-mana pertandingan, pameran dan komersial yang sedia ada.
  7. Peserta adalah bertanggungjawab sepenuhnya, iaitu hasil karya tidak melanggar mana-mana hak cipta daripada pihak lain.
  8. Peserta boleh menghantar lebih dari satu gambar dan kapsyen untuk penyertaan, tetapi hanya satu sahaja yang layak sekiranya dipilih sebagai pemenang.
  9. Pihak MBAS berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya hasil karya didapati tidak asli.
  10. Pemenang akan diumum pada tarikh 15 September 2021 di Page Facebook Majlis Bandaraya Alor Setar.
  11. Pihak MBAS akan memuat naik semua Gambar & Kapsyen peserta di Facebook rasmi MBAS mulai 06 September 2021 bagi menentukan pemenang ‘Like’ Tertinggi dan kiraan ‘Like’ diambil kira sehingga 14 September 2021 Jam 12.00 malam.
  12. Gambar yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hak milik pihak MBAS dan berhak menggunakan karya tersebut untuk tujuan sebarang promosi dan komersial namun peserta mempunyai hakcipta terhadap gambar yang dipertandingkan.
  13. Senarai pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui Facebook Messenger oleh pihak MBAS.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN:

05 September 2021

Dilanjutkan Sehingga 12 September 2021

HADIAH PERTANDINGAN:

3 Hadiah Utama (Wang Tunai beserta sijil penyertaan)

7 Hadiah Saguhati (Wang Tunai beserta sijil penyertaan)

1 Hadiah ‘Like’ Tertinggi (Wang Tunai beserta sijil penyertaan)

Skip to content