KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta MPSPK di bawah kod bidang berkaitan bagi menyertai sebut harga berikut.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK KOD BIDANG PENDAFTARAN
1. 30/2022
(KEJ)
Sebut Harga Menghantar, Memasang dan Menyewa Khemah (Canopy) Untuk Bazar Ramadhan MPSPK 2022 Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman

221506

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 21 Februari 2022 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Penyebutharga dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan sijil tersebut semasa membeli dokumen sebut harga.

Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM20.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Sahaja) yang tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat di dalam bentuk tunai.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 07 Mac 2022, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 20 Februari 2022

Skip to content