10 APRIL 2022 (AHAD)

Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih ‘Food Pack’ PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama State Secretary Kedah (Incorporation) kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan ini diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Ruang Legar, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.


Tuan Pegawai Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., hadir bagi melaksanakan penyampaian sumbangan bantuan tersebut kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang memerlukan di samping turut meluangkan waktu untuk beramah mesra dan menyantuni para penerima berkenaan.


Seramai 20 orang penerima telah hadir untuk menerima sumbangan bantuan tersebut pada sesi penyerahan ringkas yang berlangsung dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.
Turut hadir dalam sesi penyerahan ringkas dengan pematuhan SOP ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.], Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Nadhirah binti Roselan] dan para urus setia PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.


Sumbangan barangan ini berupa keperluan harian dalam bentuk makanan kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Cawangan Kecil Daerah yang telah dikenalpasti dan memerlukan sempena bulan Ramadan 1443H / 2022.


PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi – tinggi ucapan terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan State Secretary Kedah (Incorporation) atas sumbangan ‘Food Pack’ yang diberikan.


Semoga dengan inisiatif murni dan program bermanfaat seumpama ini diharap akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua keluarga penerima yang memerlukan dalam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Skip to content