ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) MBAS 2021.

| Temuramah Bersama penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MBAS bagi tahun 2021.
 
30 Mei 2022, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Jabatan Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang (APC) MBAS bagi tahun 2021 sebagai tanda penghargaan kepada penerima-penerima yang telah terpilih bertempat di Dewan Besar As-Sakinah.
 
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MBAS telah disampaikan oleh En. Nasrankamil Bin Noh, AMK., BCK, Timbalan Setiausaha MBAS. Turut hadir Ahli Majlis, Pengarah Jabatan, Ketua-ketua Bahagian dan seluruh warga kerja MBAS.
 
Seramai 65 pegawai daripada Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima penganugerahan ini diatas prestasi yang cemerlang dan komited di dalam melaksanakan tugas dan amanah yang disandang sepanjang tahun 2021.
 
Pihak Media MBAS sempat menemuramah beberapa orang pegawai yang telah menerima anugerah ini. Di kesempatan ini MBAS mengucapakan syabas dan tahniah kepada semua penerima APC bagi tahun 2021.
 
 
 
Skip to content