TAMAN JUBLI EMAS
Alamat-Lokasi di Jalan Suka Menanti, Alor Star, Kedah
Waktu operasi :7 pagi-10 pagi, 4 petang – 7 petang.
Taman Jubli Emas terletak di Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah, Malaysia, berhampiran kompleks baharu Mahkamah Tinggi Alor Star. Ia dibina sempena meraikan sambutan Jubli Emas Sultan Kedah ke-27, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 9 September 2008. Taman ini memaparkan keunikan negeri Kedah sejak 1,000 tahun yang lalu.
Tugu Jubli Emas di taman ini dikelilingi lima arca keris yang melambangkan pemerintahan 50 tahun Sultan Abdul Halim. Mempunyai sebuah kolam ikan di tengah-tengah taman. Juga mengandungi pelbagai aktiviti untuk belia dan remaja seperti go-kart, papan luncur, payung terjun, menunggang kuda dan taman permainan.