HEBAHAN

Sungai Batu di Lembah Bujang merupakan Tamadun ke-6 Tertua di Dunia selepas Mesopotamia, Mesir, Indus, China dan Greek.

Tamadun terawal di Asia Tenggara dan lebih awal dari Borobudur di Indonesia dan Angkor Wat di Cambodia. Tidak berbanggakah kita? Ayuh kita beramai-ramai ke FESTIVAL PURWA PUITIKA yang julung-julung kalinya di adakan di daerah ini. Selain menampilkan kehadiran Dato’ Sri Siti Nurhaliza, penyanyi No. 1 di Malaysia, turut menampilkan Sasterawan Negara Dato’ Dr Zurinah Hassan, Beto Kusyairy, Umar Uzair, Maman Teachers Pet, Lin Haslinaz dan Shirley Idris.

Ada pelbagai acara menarik sepanjang 2 hari ini selain food truck, gerai jualan dan pameran, acara sukan rakyat dan pertunjukan silat serta busana tradisi. Tidak kenal maka tak cinta. Justeru, Sesi lawatan ke Tapak Arkeologi secara percuma bagi memahami sejarah hebat ini.

Bawa bersama seluruh ahli keluarga, rakan taulan dan sahabat handai untuk lebih mengenali sejarah hebat dunia di daerah ini. Jangan lepaskan peluang…

Ayuh!! Datanglah beramai-ramai…

📆 TARIKH : 2 – 3 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT – SABTU)
⏰ MASA : 10.00 PAGI – 10.00 MALAM

Skip to content