MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PROGRAM MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR ASAS KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT SELAMBAU
Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Insfrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Berintergrasi sedia sda (termasuk industri halal) di bawah Kumpulan Wang Amanah Covid-19 (KWC-19) bagi Negeri Kedah (Kawasan Perindustrian Bukit Selambau) oleh pihak kontraktor MSE Smart Trading pada 27 Disember 2022 (Selasa) jam 10.00 pagi bertempat di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau.
Penyerahan projek tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK bersama pihak kontraktor MSE Smart Trading serta dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Encik Mohd Zahir bin Salleh.