PROGRAM LIGA PENALTI AHLI MAJLIS MPSPK ZON 3

Tahniah diucapkan kepada Puan Salmah binti Salleh, Ahli Majlis MPSPK merangkap Area Officer Zon 3 dan Pegawai Penyelaras, Puan Rohani binti Abu Bakar kerana telah mengadakan “Liga Penalti” yang diadakan pada 31 Disember 2022 (Sabtu) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir.

Perasmian oleh Yang Dipertua, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK turut diserikan lagi dengan kehadiran YB. Ustaz Haji Ahmad Fadzli bin Hashim dan Encik Sailfulazli bin Ahmad, Ahli Majlis MPSPK merangkap Area Officer Zon 14. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semoga program-program begini akan memberikan suntikan semangat kepada peminat-peminat sukan bola sepak.

Skip to content