Akta Perniagaan
Perenggan 4, Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan meletakkan kuasa eksekutif mentadbir kerajaan tempatan pada kerajaan negeri.
Menurut Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi negeri-negeri dalam hal memastikan keseragaman undang-undang dan dasar bagi kerajaan tempatan.
Beberapa akta parlimen telah digubal bagi mengawalselia perjalanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) –
- Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]
- Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]
- Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]
- Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]