MESYUARAT PROJEK ANGGREK – PEMASANGAN SALURAN PAIP GAS PETRONAS DARI STESEN PETRONAS GAS BERHAD (PGB) ML 420 KE SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH POWER PLANT (SAHMSPP) DI GURUN KEDAH
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dengan objektif membentangkan cadangan projek, mendapatkan pandangan dan maklumbalas awal jabatan /agensi teknikal serta isu-isu berbangkit lain.
Turut hadir, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Setiausaha MPSPK, Encik Farid Mahfuz bin A Halim, Pengurus Projek dan pasukan dari Petronas Gas Berhad Kuala Lumpur, Ahli-Ahli Majlis serta jabatan / agensi teknikal Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).