KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) di negeri Kedah Darul Aman dan MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.
BIL. | NO. SEBUTHARGA | TAJUK | SYARAT PENDAFTARAN | TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK |
1. | 41/2023 (KEJ) |
Cadangan Pemasangan Lampu Jalan di Jalan Penghulu Him ke Sungai Jagung, Sungai Petani, Kedah | Berdaftar dengan CIDB |
-Tiada- |
2. | 42/2023 (KEJ) |
Cadangan Pemasangan Lampu Jalan di Lorong Kempas 3/3, Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah | Berdaftar dengan CIDB |
-Tiada- |
3. | 43/2023 (KEJ) |
Cadangan Pemasangan Lampu Jalan di Lebuh Persiaran Hadapan Jalan Bandar Puteri Jaya 2/1, Sungai Petani, Kedah | Berdaftar dengan CIDB |
-Tiada- |
4. | 44/2023 (KEJ) |
Cadangan Pemasangan Lampu Jalan di Jalan Zamrud 2, Sungai Petani, Kedah | Berdaftar dengan CIDB |
-Tiada- |
5. | 45/2023 (KEJ) |
Kerja-Kerja Menaiktaraf Lampu Jalan Jenis LED 120 Watt di Jalan Dewa, Kampung Baru dan Jalan Pengkalan, Sungai Petani, Kedah Darul Aman | Berdaftar dengan CIDB Gred G2 atau G3 Pengkhususan E04, E06, E16, E17, E21 Berdaftar di Negeri Kedah |
-Tiada- |
6. | 46/2023 (KEJ) |
Kerja-Kerja Menaiktaraf Lampu Jalan Jenis LED 200 Watt di Jalan Bakar Aranf ke Kampung Baru (Decorative), Sungai Petani, Kedah Darul Aman | Berdaftar dengan CIDB Gred G2 atau G3 Pengkhususan E04, E06, E16, E17, E21 Berdaftar di Negeri Kedah |
-Tiada- |
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 02 Mei 2023 dan waktu seperti berikut :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB), Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 08 Mei 2023, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran serta nombor sebut harga dan di hantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 18 April 2023