Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah, Bintang-Bintang Dan Pingat-Pingat Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-81

Tahniah diucapkan kepada kakitangan MBAS diatas penganugerahan pingat-pingat kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-81.
 
PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG KEDAH (P.C.K.)
1. Puan Maheran binti Yasin, Penolong Akauntan MBAS
 
PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (P.P.L.)
1. Encik Azizan Bin Din, Pemandu Kenderaan MBAS
2. Encik Jaafar Bin Hamid, Pesara MBAS
 
YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar turut hadir di Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah, Bintang-Bintang Dan Pingat-Pingat Kebesaran yang diadakan di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini. Hadir sama En. Nasrankamil bin Noh, Tuan Setiausaha MBAS, En. Jusrianuar bin Jamarudin, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS serta En. Mohamad Najib Bin Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Kewangan MBAS.
 
 
Skip to content