𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

𝟐 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)

Majlis Daerah Bandar Baharu telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung, Perak yang diketuai oleh Encik Amir Bin Hamzah, Ketua Bahagian bersama-sama 2 orang Penolong Jurutera daripada Bahagian Kejuruteraan, Projek dan Penyelenggaraan.

Lawatan kerja tersebut adalah berkaitan dengan penerangan prosedur permohonan permit korekan jalan bagi jalan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan. Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Permai. Majlis Perbandaran Manjung yang dipengerusikan oleh Ts. Fitri Mahamad Mudzrabi, Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, Majlis Perbandaran Manjung, Perak.

Sesi perkongsian ilmu tersebut diharapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak untuk sama-sama mewujudkan daerah yang sentiasa berdaya maju, mampan dan ceria. Majlis Daerah Bandar Baharu amat berbesar hati dan sekalung penghargaan untuk Majlis Perbandaran Manjung, Perak dalam menyantuni pihak MDBB sepanjang lawatan tersebut.

Semoga kerjasama antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Skip to content