BERITA :

PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI PERINGKAT DUN BANDAR BAHARU

Program Merdeka@Komuniti Peringkat DUN Bandar Baharu telah diadakan pada 06 Ogos 2023 (Ahad) bermula jam 8.00 pagi bertempat di Masjid Al-Halimi, Bandar Baharu, Kedah. Program ini adalah anjuran Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu iaitu Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK.

Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan daripada Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu dan seterusnya ucap tama oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu iaitu Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK.

Perasmian melibatkan simbolik penyerahan bendera Jalur Gemilang daripada pasukan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) kepada Dato’ Pegawai Daerah dan kibaran Jalur Gemilang beramai-ramai dengan selingan lagu-lagu patriotik bagi menyemarakkan lagi sambutan sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke 66 pada kali ini.

Selain itu, antara aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program adalahFun Walk Merdeka Madani, gotong-royong memasak bubur Asyura, edaran Jalur Gemilang, pertandingan ‘Pulut Merdeka’, pertandingan mewarna kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma, cabutan bertuah dan acara kemuncak dengan demonstrasi memadam kebakaran di mana Dato’ Pegawai Daerah sendiri terlibat untuk mendemonstrasikan langkah-langkah keselamatan memadam kebakarandengan bantuan daripada pegawai-pegawai Bomba terlatih di Daerah Bandar Baharu.

Program berlangsung dengan jayanya dan berakhir sekitar jam 1.00 petang.

Skip to content