HARI PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI KE-15
Sekitar Hari Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke-15) Negeri Kedah 2023 yang berlangsung di Dewan Kenangan, Sultan Abdul Halim, Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Seramai 7 orang calon bertanding telah hadir menyerahkan borang penamaan calon masing-masing bagi mengisi kekosongan di DUN N.27 Pantai Merdeka, N.28 Bakar Arang dan N.29 Sidam. Berikut merupakan senarai calon yang bakal bertanding bagi ketiga-tiga DUN tersebut :-
N.27 PANTAI MERDEKA
- Wan Mohalina Wan Mohamad (BN)
- Sharir Long (PN)
N.28 BAKAR ARANG
- Adam Loh Wee Chai (PH)
- Raymond Tai Kuang Tee (PN)
- Tan Kee Chye (PRM)
N.29 SIDAM
- Bau Wong Bau Ek (PH)
- Juliana Abdul Ghani (PN)
Calon-calon ini akan bertanding pada hari pilihan raya yang ditetapkan. Pengundian awal akan diadakan pada 8 Ogos 2023 manakala hari mengundi adalah pada 12 Ogos 2023. Pihak MPSPK mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas yang memberikan kerjasama yang jitu dalam memastikan proses penamaan calon berjalan dengan lancar pada hari ini. Turut diucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang bakal bertanding.