PUTRAJAYA, 7 November 2023- Kerajaan Malaysia dengan ini mengiktiraf inisiatif inovasi PERMIT PEMBINAAN EKSPRESS E10 MAJLIS PERBANDARAN KULIM sebagai PENERIMA KEDUA TERBAIK TREK EKONOMI ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM (AINSA) 2023.

Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) Tahun 2023 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang bertemakan “Malaysia MADANI Memperkasa Inovasi” itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC).

Hadir bersama menerima penganugerahan YBrs. Dr. Haji Nadzman Bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan) serta YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim.

TAHNIAH TEAM SMARTFORWARD serta pihak pengurusan MPKK bersama Kerajaan Negeri Kedah yang sentiasa menyokong pembangunan inisiatif ini. Tahniah. Semoga pengiktirafan dan kejayaan ini dapat terus memacu ke arah The Greater Kedah!

Skip to content