LANGKAWI, 23 November – Seminar Pemantapan Peranan Ahli Majlis & Pegawai Kawasan MPKK Sesi 2023/2025 yang akan berlangsung pada 23-25 November 2023 di Ombak Villa Langkawi.

Seminar dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim. Objektif seminar untuk memberi pendedahan mengenai peranan Ahli Majlis dalam memantapkan lagi pengurusan MPKK. Memberi penekanan menyelesaikan isu-isu setempat, menyampaikan dasar Pihak Berkuasa Tempatan dan melaksanakan program bersama komuniti penduduk.

Dalam majlis perasmian ini juga dilancarkan “Solidariti Palestin” bagi menzahirkan solidarity dan kesatuan Majlis Perbandaran Kulim terhadap negara Palestin.

Klik untuk gambar sekitar

Skip to content