26 November 2023 – Program “π΄π‘π‘Žπ‘‘π‘’π‘šπ‘¦ 𝑖𝑛 πΌπ‘›π‘‘π‘’π‘ π‘‘π‘Ÿπ‘¦ (𝐴𝑖𝑙) β€˜π—­π—²π—Ώπ—Ό π˜π—Ό 𝗛𝗲𝗿𝗼’ yang dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Seri Malaysia, Kulim pada 26 November 2023.

Program ini merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan pendidikan bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang relevan dengan keperluan industri semasa. Dengan konsep ‘Place and Train’, Ail Menempatkan bakat dalam industri dan meningkatkan kemahiran melalui pensijilan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Ucapan pembukaan program ini disampaikan oleh YBrs. Encik Muzaffar Abdul Hamid, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), yang turut hadir memberi sokongan kepada inisiatif yang memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran.

Program ini turut dirasmikan oleh YBrs. Cik Amal Zubir, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim, menandakan keterlibatan pihak berkuasa tempatan dalam menyokong dan memastikan kejayaan program ini di peringkat tempatan.

Pelbagai jabatan dan agensi berkepentingan turut hadir dalam program ini, menyerikan lagi aktiviti yang dijalankan. Melalui kerjasama MPC, diharapkan program ini akan memberi manfaat kepada golongan belia dalam memenuhi permintaan pasaran tenaga kerja berkemahiran, serta menyumbang kepada perkembangan industri tempatan.

Semoga program “π΄π‘π‘Žπ‘‘π‘’π‘šπ‘¦ 𝑖𝑛 πΌπ‘›π‘‘π‘’π‘ π‘‘π‘Ÿπ‘¦ (𝐴𝑖𝑙) β€˜π—­π—²π—Ώπ—Ό π˜π—Ό 𝗛𝗲𝗿𝗼’” dapat menjadi pemangkin bagi peningkatan kualiti tenaga kerja dan pertumbuhan ekonomi di kawasan ini.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content