4 Disember 2023 – YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menyambut kunjungan daripada Unit Tempat Letak Kereta, Majlis Perbandaran Kubang Pasu yang diketuai oleh Tuan Setiausaha MPKP, YBrs. Encik Faizal Azli Bin Ghazali bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Hikmah MPKK.

Dato’ Yang Dipertua dalam ucapan aluan menyambut baik usaha Pihak Berkuasa Tempatan dalam mendigitalisasikan perkhidmatan seiring penggunaan teknologi semasa. Delegasi kemudiannya diberikan penerangan oleh Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKK, Encik Badrulhilmi Bin Sulaiman berkaitan pembangunan dan pelaksanaan Kulim Smart Parking. Turut hadir bersama Encik Amirhakim bin Ramli, Pengarah Operasi Kulim Smart Parking daripada HeiTech Padu Berhad.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan panduan bagi menambah baik mutu perkhidmatan.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content