SESI PEMBENTANGAN CADANGAN PENYEWAAN TANAH DAN PREMIS BANGUNAN MILIK MAJLIS
Sesi pembentangan cadangan penyewaan tanah dan premis bangunan milik majlis telah berlangsung di Bilik Gerakan, Tingkat 5, Menara MPSPK pada jam 2.30 petang. Yang Dipertua MPSPK, Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK, AMK., BCK dan Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK telah hadir mendengar sesi perbentangan tersebut. Hadir bersama Encik Mohd Zahir bin Salleh, Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Cik Natasya binti Ismail, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.
Antara agenda yang dibentangkan ialah cadangan penyewaan tanah di Lot 952 dan 953. Turut dibentangkan cadangan penyewaan tanah di kawasan Perindustrian M.I.E.L Sungai Tukang dan cadangan penyewaan Arked Pekan Rabu Sungai Petani.