16 Januari 2024 – Majlis Sekalung Budi Setulus Kasih Sempena Kejayaan Inisiatif E10 Majlis Perbandaran Kulim Kedah yang disempurnakan oleh Yang Dihormati Dr. Haji Nadzman bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah diiringi YBhg. Dato’ Elmi Bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK.

Sejajar dengan matlamat pembangunan negara dan negeri yang telah mengenalpasti Daerah Kulim sebagai Hub Teknologi Berimpak Tinggi, MPKK sentiasa berusaha dengan penuh komited bagi meningkatkan kecekapan dan kompetensi sistem penyampaian perkhidmatan terutamanya dalam memudahcara pembangunan tanpa mengetepikan keperluan undang-undang dan peraturan.

“Kerangka Pembangunan Negeri melalui Pelan Pembangunan Kedah 2035 telah mensasarkan untuk menjadikan Kedah Sebagai Negeri Sejahtera Dan Berdaya Huni. Dalam konteks ini, Negeri Kedah akan dipacu menjadi negeri yang berdaya saing, mampan dan berdaya tahan (Kedah Competitive, Sustainable and Resilient) serta pertumbuhan ekonomi Negeri yang 5 berkembang maju (thriving) bagi meningkatkan KDNK negeri, penjanaan peluang pekerjaan dan pendapatan penduduk.”

“Hasil gabungan kerangka pembangunan spatial dan gagasan pentadbiran negeri ini telah membawa natijah yang ketara dalam meningkatkan keyakinan pelabur. Ini jelas terbukti apabila Kedah berada pada kedudukan teratas dalam senarai pelaburan negara dengan nilai pelaburan sebanyak RM21 bilion ringgit bagi tempoh Suku Ketiga Januari hingga September 2023. Ia adalah 6 peningkatan sebanyak 75 peratus berbanding tempoh sama tahun 2022.” Jelas Dr. Hj. Nadzman dalam ucaptamanya.

Di peringkat Negeri pelbagai usaha sedang digerakkan untuk menuju Gagasan “The Greater Kedah” yang memfokuskan agenda untuk menjadikan Kedah sebuah negeri yang sejahtera dan berdaya huni menjelang tahun 2035. Dalam konteks ini, pembangunan spatial yang dirancang khususnya di Kulim perlu diberi fokus agar pelaksanaannya berlangsung dengan baik dan 5 menjadikan Daerah ini destinasi pilihan pelabur dari dalam dan luar negara.

Sejajar dengan matlamat pembangunan negara dan negeri yang telah mengenalpasti Daerah Kulim sebagai Hub Teknologi Berimpak Tinggi, MPKK sentiasa berusaha dengan penuh komited bagi meningkatkan kecekapan dan kompetensi sistem penyampaian perkhidmatan terutamanya dalam memudahcara pembangunan tanpa mengetepikan keperluan undang-undang dan peraturan.

Dr Hj Nadzman yang mewakili Kerajaan Negeri Kedah dalam penutup ucaptamanya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada MPKK serta seluruh Agensi Teknikal, pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Pihak KTPC di atas sumbangan dan sokongan menjayakan Inisiatif E10.

Turut hadir YBhg. Tuan Haji Zaini bin Haji Ramli, Pegawai Daerah Kulim, YDH Supt. Mohd Azizul Bin Mohd Khairi Ketua Polis Daerah Kulim, YBrs. Tuan Mohamad Azrol Bin Mohamad Dali Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara, Ahli-ahli Majlis MPKK, Ketua-Ketua Jabatan Agensi Teknikal Luaran dan Agensi Teknikal Dalaman.

Klink unttuk gambar sekitar program

Skip to content