MESYUARAT MENANGANI ISU BANJIR KILAT DAN PERPARITAN TAMAN PUTERI POKOK SENA KEDAH.

30 Januari 2024 (Selasa)- Bertempat di Pejabat MBAS Cawangan Pokok Sena telah berlangsung satu Mesyuarat bagi menangani isu banjir kilat dan masalah perparitan di Taman Puteri Pokok Sena. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Robiah Binti Dahaman, PJK, Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai Kawasan Zon 17 Sena.
 
Selaras dengan komitmen YBhg. Datuk Bandar Alor Setar dalam menangani isu banjir di dalam kawasan perkhidmatan MBAS di daerah Pokok Sena, platform mesyuarat yang diatur ini diharap dapat memperincikan isu perparitan berbangkit serta mencari kesepakatan dan penyelesaian secara bersama dengan pihak pemaju dan jabatan- jabatan teknikal terlibat iaitu MBAS, JPS, JKR dan MADA.
Turut hadir adalah Penghulu Mukim Gajah Mati dan ketua komuniti Taman Puteri, Encik Azwan Bin Hj. Ariffin serta beberapa orang wakil penduduk Taman Puteri dan individu pemilik tuan tanah berhampiran taman.
 
Skip to content