- Apakah yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?
Cukai taksiran atau cukai pintu adalah satu cukai yang perlu dibayar oleh semua pemilik harta yang tidak dikecualikan dalam kawasan yang telah diwartakan dalam sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan dan cukai ini dijelaskan dalam dua ansuran pada setiap tahun.
- Apakah yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?
- Bagaimanakan Taksiran Harta Dilakukan?
Penyiasatan dan ukur periksa bangunan dibuat oleh pegawai dari Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta. Kerjasama pemilik atau penghuni bangunan adalah diperlukan dengan membenarkan mereka memasuki bangunan serta memberi maklumat atau mengisi borang-borang jika diperlukan.
Pegawai – pegawai ini memakai tandanama dan memiliki kad kuasa. Sekiranya berasa curiga, pemilik boleh meminta untuk memeriksa kad kuasa berkenaan.
Satu notis akan dikirimkan kepada pemilik harta sebelum cukai taksiran tersebut dikuatkuasakan.
- Bagaimanakan Taksiran Harta Dilakukan?
- Ketidakpuasan Anda Dengan Cukai Taksiran. Apakah Hak Anda?
Anda boleh mengemukakan surat bantahan dengan syarat ianya mengikut tarikh yang dinyatakan dalam notis.
Majlis akan menimbangkan bantahan anda dan kemudian membuat keputusan.Dalam masa Majlis memproses bantahan anda, anda masih perlu membayar cukai taksiran yang dikenakan.
- Ketidakpuasan Anda Dengan Cukai Taksiran. Apakah Hak Anda?
- Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Majlis sekiranya pemilik premis / bangunan gagal membayar cukai taksiran?
Kegagalan membayar cukai taksiran akan menyebabkan anda :
- Notis akan dikeluarkan (Notis E)
- Premis akan disita
- Harta alih akan dirampas dan disita
- Perintah penahanan oleh mahkamah
- Bagaimanakan hendak memohon lesen perniagaan khas?
Bagi pelanggan yang berminat untuk memohon lesen perniagaan khas anda hendaklah :
- Membeli BORANG KOMPOSIT BAGI PERMOHONAN LESEN PREMIS DAN LESEN IKLAN UNTUK PERNIAGAAN dengan harga RM 1.00 dab bayaran proses dikenakan untuk borang ini ialah RM 15.00.
- Mengisi dan mengembalikan borang kepada Majlis dengan menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut :
- Memorandum dan Perkara Persatuan Bagi Syarikat (Memorandum and Articles of Association). Borang 24 (Return of allotment of Share) dan Borang 49 (Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Secretaries and Changes of Particulars) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965.
- Borang A (Pendaftaran Syarikat) atau Borang B (Pendaftaran Perubahan Dalam Perniagaan) dan Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan ) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956.
- Pelan lokasi premis yang terlibat.
- Pelan lantai premis berkenaan.
- Surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri)
- Salinan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan Sementara (CF) / (TCF).
- Gambar pemohon dua (2) keping (untuk pemohon individu sahaja).
- Sijil / surat pemeriksaan Doktor termasuk suntikan TY2 bagi semua pengendali makanan.
- Apakah perniagaan yang dibenarkan di pasar malam?
Perniagaan yang dibenarkan di pasar malam merangkumi perniagaan makanan dan minuman, barang-barang keperluan harian, pokok-pokok bunga, tanaman, pakaian dan sebagainya. Waktu jualan yang dibenarkan adalah dari pukul 3.00 petang hingga 8.00 malam.
- Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Majlis sekiranya pemilik premis / bangunan gagal membayar cukai taksiran?
- Premis perniagaan mempunyai tanda nama, adakah tanda nama tersebut perlu dilesenkan?
Tanda nama tersebut perlu dilesenkan mengikut Undang-Undang Kecil (Iklan) di mana kadar bayaran adalah bergantung kepada ukuran setiap papan iklan tersebut.