Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan menganjurkan Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA‘24) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas serta memberikan pengiktirafan kepada tandas-tandas awam milik swasta dalam usaha mereka menyediakan tandas bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW).

OBJEKTIF 

  1. Untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam membudayakan etika penjagaan tandas bersih, menawan dan wangi.
  2. Untuk memberi pengiktirafan kepada pemilik premis yang memberikan komitmen dalam menjadikan tandas bersih, menawan dan wangi (BMW). 
  3. Sebagai satu langkah ke arah mewujudkan tandas-tandas awam bertaraf BMW bagi memenuhi keperluan dan aspirasi nasional.

PERTANDINGAN TOTYA’24

Tujuh (7) Kategori Tandas Awam dipertandingkan:

  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Sekolah
  • Hotel
  • Restoran 
  • Konsesi Lebuhraya bagi Kawasan R&R
  • Stesen Minyak
  • Pusat Beli Belah

Sila klik pautan untuk syarat pernyertaan dan maklumat lebih lanjut : https://jkt.kpkt.gov.my/ms/pengumuman/penyertaan-anugerah-toilet-year-2024

Skip to content