Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Bumiputera KELAS G 1 & G2 dan yang berdaftar dengan PKK, CIDB dan Majlis Daerah Yan yang masih sah sahaja dan dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-
Tarikh iklan ini ialah pada 11 Mac 2024 (Isnin). 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟖 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧). Lawatan Tapak adalah diwajibkan kepada pemilik syarikat sahaja (Wakil tidak dibenarkan). Dokumen sebutharga boleh didapati di kaunter Majlis Daerah Yan pada 𝟏𝟖 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧) 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟐𝟓 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐥𝐬𝐧𝐢𝐧) bermula pada jam 𝟖.𝟑𝟎 𝐏𝐚𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟒.𝟑𝟎 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 .
Harga bagi setiap dokumen adalah RM 30.00 bagi Kelas Gl dan RM 50.00 bagi Kelas G2. Dokumen tawaran yang telah disempumakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermetri. Jenis kerja dan bilangan projek hendaklah dinyatakan di muka sampul surat tersebut dengan terang dan jelas serta dialamatkan kepada Yang Dipertua, Majlis Daerah Yan, 06900 Yan, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran di Pejabat Teknikal Aras 1, Majlis Daerah Yan pada atau sebelum 25 Mac 2024 (Isnin) sebelum Jam: 12.00 tengahari.
Majlis Daerah Yan tidak terikat dengan tawaran terendah atau mana-mana tawaran.