NOTIS PEMBERITAHUAN
SEMUA PENGUSAHA PREMIS MAKANAN DAN MINUMAN YANG BERAGAMA ISLAM
MENGEHADKAN WAKTU OPERASI PREMIS MAKANAN ISLAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1445H
ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMPENA BULAN RAMADHAN 1445H, SEMUA PREMIS MAKANAN DAN MINUMAN SEPERTI RESTORAN, KEDAI MAKAN DAN GERAI MAKANAN ISLAM HANYA DIBENARKAN MULA BEROPERASI PADA JAM 3.00 PETANG DAN BERAKHIR JAM 6.00 PAGI. DIKECUALIKAN KE ATAS RESTORAN MAKANAN ANTARABANGSA SAHAJA.
ARAHAN INI BERKUATKUASA MULAI 01 RAMADHAN 1445H HINGGA 30 RAMADHAN 1445H.
SILA AMBIL PERHATIAN, TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL ESTABLISYMEN MAKANAN (MDK) 1995 DAN UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN PENJAJA DAN GERAI (MPK) 2009 AKAN DIAMBIL KEPADA PENGUSAHA YANG GAGAL UNTUK MEMATUHI ARAHAN NOTIS INI.
DENGAN PERINTAHYANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KULIM KEDAH