Saksikan Siaran Langsung Cabutan Bertuah Cukai Pintu Dan Sewa Ruang Niaga Tahun 2024
Saksikan secara langsung melalui ‘LIVE’ di Facebook dan Tiktok Majlis Perbandaran Kubang Pasu.
Siaran langsung adalah seperti ketetapan berikut :-
Platform : Facebook (Majlis Perbandaran Kubang Pasu) dan Tiktok (mpkubangpasu)
Masa : 11.30 pagi
Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu)
Syarat pemenang cabutan bertuah bagi 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 adalah seperti berikut :-
Kepada semua pemilik yang berstatus KEDIAMAN di Kubang Pasu dan telah membuat bayaran cukai taksiran untuk setahun ( 2 penggal ) 2024 tanpa tunggakan.
Terhad kepada pemilik yang telah membuat pindah milik di dalam borang i.
Hadiah kemenangan cabutan bertuah boleh dituntut di kaunter Majlis Perbandaran Kubang Pasu dengan mengemukakan kad pengenalan, salinan bayaran cukai taksiran yang telah dijelaskan. Hadiah cabutan bertuah yang tidak dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan akan dibatalkan.
Keputusan pemenang hadiah cabutan adalah muktamad diputuskan oleh Pihak Majlis Perbandaran Kubang Pasu. Pihak Penganjur berhak mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya mengeluarkan atau membatalkan mana – mana penyertaan yang didapati atau disyaki menipu dan melanggar terma dan syarat.
Syarat pemenang cabutan bertuah bagi 𝐒𝐞𝐰𝐚 𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐍𝐢𝐚𝐠𝐚 adalah seperti berikut :- Kepada semua penyewa ruangniaga milik Majlis Perbandaran Kubang Pasu dan telah membuat bayaran sewaan sehingga Februari 2024 tanpa tunggakan.
Hadiah kemenangan cabutan bertuah boleh dituntut di kaunter Majlis Perbandaran Kubang Pasu dengan mengemukakan kad pengenalan atau SSM. Hadiah cabutan bertuah yang tidak dituntut dalam tempoh satu bulan akan dibatalkan.
Keputusan pemenang hadiah cabutan bertuah adalah muktamad diputuskan oleh urusetia jawatankuasa cabutan bertuah. Pihak majlis berhak mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya mengeluarkan atau membatalkan mana-mana penyertaan yang didapati atau disyaki menipu dan melanggar terma dan syarat.
Hadiah menarik menanti pemenang cabutan bertuah. Jangan terlepas menyaksikan ‘Live’ cabutan nama yang bertuah.
Mungkin ANDA adalah salah satu pemenang yang bertuah
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu