Acara Cabutan Kepada Pembayar Cukai Pintu Dan Pembayar Sewa Ruang Niaga Majlis Perbandaran Kubang Pasu 2024
27.03.2024 (Rabu) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah mengadakan acara cabutan bagi pembayar cukai pintu dan pembayar sewa ruang niaga yang telah melunaskan sepenuhnya bayaran tunggakan dan bayaran semasa.
Acara diadakan secara ‘live’ di platform tiktok dan youtube Majlis Perbandaran Kubang Pasu. Ahli-ahli majlis Majlis Perbandaran Kubang Pasu serta ketua-ketua jabatan telah hadir bagi menjadi memerhati proses cabutan supaya acara cabutan berjalan dengan adil dan saksama.
Tahniah kepada pemenang-pemenang yang telah berjaya. Nama pemenang akan dipaparkan di facebook Majlis Perbandaran Kubang Pasu dalam masa yang terdekat.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu