SESI PERJUMPAAN YANG DIPERTUA MPSPK DAN SUMBANGAN AIDILFITRI 2024

Satu Sesi Perjumpaan Yang Dipertua MPSPK, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK bersama kakitangan MPSPK telah diadakan pada jam 1.30 petang tadi bertempat di Dewan Kenangan MPSPK.

Usai sesi perjumpaan, Yang Dipertua MPSPK berbesar hati menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada seluruh kakitangan MPSPK sebagai persediaan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Bagi menceriakan lagi sinar Aidilfitri, Kelab Sukan dan Kebajikan MPSPK (KESUKEM) turut tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan tunai kepada ahli kelab yang berdaftar.

Hadir bersama Yang Dipertua ialah Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Presiden CUEPACS YBhg. Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat, DSDK., JMW., AMW., BKM., PKP, Pengerusi KESUKEM Encik Nor Ariffin bin Hamzah, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan MPSPK.

Skip to content