14 MEI 2024 (SELASA)

Sesi Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2024 bagi Majlis Daerah Bandar Baharu telah diadakan di Bilik Mesyuarat MDBB bermula jam 9.00 pagi yang dimulai dengan taklimat ringkas oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor bin Ismail., AMK., BCK.

Seterusnya ucapan pembukaan SPB-PBT oleh Ketua Panel Penilai, Puan Nur Halimah Binti Mohd Yusoff (Pengarah Bahagian Pemantauan Pelaksanaan Dasar, Jabatan Kerajaan Tempatan) yang hadir bersama Urusetia dan Panel Penilai seramai 5 orang.

Pihak Majlis Daerah Bandar Baharu mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel-panel penilai dan seluruh bahagian MDBB di atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan sesi penilaian berjalan dengan lancar.

Skip to content