KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Terbuka kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN
1. 69/2024
(KEJ)
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENDAFTAR, MENGUJI DAN MENTAULIAHKAN SATU (1) UNIT ‘NEW MINI LORRY CREW CAB STEEL VARGO BODY, WIRE NETTING, HARD TOP CANOPY C/W TAIL LIFT AND OTHER NECESSARY REQUIREMENT’ UNTUK BAHAGIAN KESIHATAN AM JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN MP SUNGAI PETANI BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOD BIDANG

110104 ATAU 110199

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Jabatan Kewangan ( Seksyen Perolehan) mulai 19 Mei 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga di atas hendaklah datang sendiri (wakil dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal perakuan pendaftaran kontraktor dan sijil perolehan kerja kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM CIDB), serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 4 JUN 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 19 Mei 2024

Skip to content