21 Mei 2024 – Program Go-Ro-DIY (Gotong-Royong Do It Yourself) akan diadakan di Taman Kenari (Zon 4) mulai hari ini hingga 23 Mei 2024. Program ini dianjurkan oleh Program Local Agenda 21 (LA21) Majlis Perbandaran Kulim dengan tujuan mengatasi wabak denggi.

Menurut Ahli Majlis Zon 4, Tuan Haji Mohd Khairi bin Haji Mohd Salleh BKM, program gotong-royong ini bertujuan untuk membersihkan persekitaran dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes, yang menjadi punca utama penyebaran denggi.

Program gotong-royong ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan penyakit berjangkit seperti denggi. Penduduk Taman Kenari dijemput hadir dan mengambil bahagian dalam usaha murni ini demi kesihatan dan kesejahteraan bersama.

Majlis Perbandaran Kulim melalui Program LA21 terus komited dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan memastikan kawasan perbandaran bebas daripada wabak denggi.

Skip to content