MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2024

Majlis Jamuan Raya Aidilfitri telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kenangan MPSPK. Majlis bermula seawal jam 12.00 tengahari sehingga jam 3.00 petang.

Antara tetamu kehormat yang hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Pembangunan YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa DSSS., AMK., BCK., Presiden CUEPACS YBhg Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat DSDK., JMW., AMW., BKM., PKP., Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Sunita Binti Abdul Aziz, AMK., BCK., jabatan-jabatan kerajaan serta agensi-agensi swasta sekitar Negeri Kedah.

Yang Dipertua MPSPK Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK, Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK., pengarah-pengarah Jabatan, ketua-ketua Bahagian, serta seluruh warga kerja MPSPK mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan Jamuan Raya Aidilfitri.

Skip to content