KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Terbuka kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN
1. 5/2024
LR
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL DAN MEMASANG SET PERALATAN PERMAINAN KANAK-KANAK DI KAWASAN LAPANG UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN BAGI TAHUN 2024

BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

DALAM KOD BIDANG

030501 DAN 030599

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Jabatan Kewangan ( Seksyen Perolehan) mulai 19 Mei 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal dikehendaki membawa Cop Syarikat, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 29 MEI 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 21 Mei 2024

Skip to content