KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) di Negeri Kedah serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK
1. 71/2024
(KEJ)
KERJA-KERJA MEMBINA GELANGGANG TERBUKA DI PADANG MPSPK, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 KATEGORI B PENGKHUSUSAN B04

 

TARIKH : 27 MEI 2024

TEMPAT : TAPAK PADANG AWAM MPSPK, SUNGAI PETANI

MASA : 9.00 PAGI (LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN)

*Wakil syarikat tidak dibenarkan semasa sesi taklimat/lawatan tapak.

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Jabatan Kewangan ( Seksyen Perolehan) mulai 27 Mei 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga di atas hendaklah datang sendiri (wakil dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal perakuan pendaftaran kontraktor dan sijil perolehan kerja kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM CIDB), serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 4 JUN 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 20 Mei 2024

Skip to content