26 MEI 2024 (AHAD)

HARI BERTEMU PELANGGAN & TOWN HALL SANTAI RETRO SERDANG

Hari Bertemu Pelanggan & Town Hall Santai Retro Serdang yang melibatkan pelbagai agensi dan jabatan di Daerah Bandar Baharu telah diadakan bertempat di Tasek Serdang, Kedah bermula jam 9.00 pagi.

Program dianjurkan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu, PEMADAM Bandar Baharu, Puspanita Cawangan Kecil Bandar Baharu dan Bulan Sabit Merah Daerah Bandar Baharu.

Pelbagai aktiviti menarik dan pameran telah dipamerkan kepada para pengunjung yang hadir. Program ini mengeratkan hubungan di antara Jabatan dan masyarakat setempat di samping memberi pendedahan sebenar fungsi dan objektif setiap jabatan dan agensi di Daerah Bandar Baharu.

Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail iaitu Pegawai Daerah merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Pengerusi PEMADAM Dan Pengerusi Bulan Sabit Merah Daerah Bandar Baharu.

Turut hadir bersama ialah Yang Berhormat Roslan Bin Hashim (Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu), Yang Berhormat Prof. Dr. Ts. Muhammad Suffian Bin Yusoff (Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu), Ketua-Ketua Jabatan, Ahli- Ahli Majlis, Penghulu Mukim dan para pengunjung yang hadir sekitar program tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat serta pengunjung yang hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Skip to content